Wednesday, November 28, 2012

Problems solved!

Alhamdulillah..Harini ada beberapa berita gembira walaupun aku xberapa gembira dengan mata kiri aku yang tgh bengkak ni (sepet sebelah)..apa2pun..setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya kan...hehe..penat lelah last week dah pun terbalas hari ni..hehe..

tadi tergerak hati nak bukak web IPS (Institut Pengajian Siswazah) nak check application status (risau takut xsempat masuk dalam sistem)..bila masukkan je IC..nampak status kat bawah neh..haaa..

dorang dah updet pun!..baru hantar last week application, terpaksa push dorang sebab nak masuk board meeting 5 Dec nanti..kalo xsempat masuk, kena tunggu January pulak la nanti..Bila dh masuk sistem, boleh la masuk meeting next week..dalam 2 minggu lagi dapatlah offer letter PhD..

Then, teringat pulak kat web MyBrain15 yang xboleh proceed (sebab katanya 'MASIH DALAM TAJAAN KPT') walaupun da pun tamat belajar berbulan2 yang lepas..(actually salah aku gak sebab xinform kat dorang..haha)..lepas call Bhg Biasiswa KPT last week and hantar dokumen yang perlu and beberapa kali folllow up...check balik tadi..Haaa...dorang pun dah update status..bila dh updet means boleh la apply untuk MyPhD pulakk..syukur Alhamdulillah..setel sudah problem yang bertimbun2 dalam kepala last week..

So sekarang, tunggu offer letter PhD baru boleh apply MyPhD tu...proposal ada sikit lagi nak touch up..harap2 sempat la dapat offer bulan February nanti..New journey begins!..


ps: duit claim pn dh masuk tadi..syukur2..

Monday, November 26, 2012

Demi Segulung Ijazah - Part 2

Malang yang tidak berbau!


Untuk entri kali ni, aku nak story pulak pasal insiden2 yang berlaku masa aku tengah run experiment..
Safety precautions la yang paling penting bila nak run FBC tu sebab aku deal dengan high voltage rig, suhu yang agak tinggi dan wayar2 yang bersimpang siur (boleh jadi short circuit kot)...silap haribulan, ke hospital jugak la nanti..(nauzubillah...)

Selama aku conduct experiment, pernah jugak ada small incident..hehe..pernah sekali, aku dikehendaki repair ngan check electric current kat heater tu..(sepatutnya kerja tu technician yang wat)..Berbekalkan test pen yang aku beli kat kedai runcit Taman Pekaka, aku pun try check current kat salah satu heater tu..Nak suruh technician, xde yang available pulak..Bila aku sentuh je test pen tu dekat heater..BbOOOMmmm!satu explosion with sparks! Short circuit rupanya..terkedu jap..aku lupa tutup main switch rupanya..Member2 yang ada kat sana semua terkejut ng xsemena2 satu pilot plant lab tripped disebabkan explosion tu..Alhamdulillah aku xde apa2, da protect siap2 ngn glove..safety first kan..hehe..rig tu run dgn high voltage power kot..kalo kena memang xtau la..
 
Satu lagi insiden..yang ni bukan aku yang buat la..ada sorang galz budak FYP masa tu duk run experiment..time sembahyang Jumaat mostly ramai yang xde kat lab..mayB sebab banyak sangat asap trapped dalam exhaust chamber tu..pastu EXPLODE la...habis satu lab penuh ng asap putih, lantai lab jadi hitam sebab dia bakar tyre waste time tu..lepas sembahyang Jumaat, kecoh la kat school..dekan , timb dekan, technician, lect semua turun..xsemena2 nama aku naik sebab rig tu aku yang in charge..tp nak wat macam mana, budak tu run time orang sembahyang..last2, aku jugak la yang kena bersihkan semua. Rig tu pun aku kena bukak balik cuci kat dalam, then jadi crime scene investigator pulak nak cari source explosion tu..dengan pegalaman yang aku ada, aku conclude insiden tu sebagai high pressure explosion..haha..sampai harini kes tu disebut dalam safety talk..malu weh!

The end.. =D

Sunday, November 25, 2012

Demi Segulung Ijazah - Part 1

Kali ni ak nak story sikit pasal pengalaman2 yang aku lalui sepanjang 2 tahun belajar..hehe..Banyak sangat dugaan dia..lepas satu..satu..


Untuk pengetahuan, projek ni aku sorang je yang buat kat school aku..I was the only student under sv aku..xmacam student lain..ada member2 untuk diskas, boleh share ideas pasal research..sv aku pulak memang nak aku work independently..so kalau ada problem, aku xde member nak diskas, semua aku kena setelkan sendiri, xramai yang boleh tolong dari segi teori ng praktikal..hanya berbekalkan guidance daripada thesis2, paper2 seniors baru nampak sinar sikit..
  
Berbalik kepada dugaan dia, jom baca story2 kat bawah ni pulak..haha

Kena marah ngan Manager Pulau Burong Landfill.

Story ni aku penah post 2 tahun lepas..check it out!

Fixed bed combustor (FBC) yang hidup segan mati xmau

(fixed bed combustor)
FBC ni rig yang aku guna untuk bakar waste yang aku simulate. Untuk pengetahuan, rig ni dah berusia lebih 10 tahun dah, performance pun sangat xbagus, control panel dah problem, banyak unit yang dah xfunction..tapi untuk projek aku, aku guna mana yang boleh pakai je..Nasib baik la unit yang rosak tu xbagi effect apa2 pun kat projek aku.

Seriously, banyak sangat problem bila nak run experiment. Heater yang dulunye boleh sampai suhu 1000C hanya boleh sampai maximum 500C je..banyak masa aku habis dengan maintenance benda ni. Even orang yang fabricate rig ni pun dah xtau nak repair macam mane.

Disebabkan rig yang memang main subject untuk research aku selalu problem, aku pernah decide untuk tukar tajuk setelah setahun 3 bulan aku wat projek tu..ye la..macam mana nak dapat result kalau rig pun xboleh nak repair..Aku pernah diskas ng SV ng timb dekan untuk tukar tajuk tapi dorang xbagi sebab rugi masa aku nanti..Nak x nak memang kena carry on jugak..memang sedih sangat2 sebab setahun lebih xdapat apa2 result..

Around March 2011, baru nampak sikit sinar kat rig tu..haha..berbekalkan sebijik heater, thermocouple ng reader, aku boleh dapatkan result untuk projek aku..benarlah kata sv aku, ‘xyah risau sangat pasal rig tu, guna mana yang ada dh cukup’..Nasib baik dorang xbagi tukar tajuk..3 bulan aku run experiment, complete sudah data yang aku nak..sebelum puasa tahun tu, aku dah stop semua experiment.. Syukur Alhamdulillah..masa untuk analyze ng modeling pulak.. =D

Masa tengah run experiment, ada la jugak insiden2 yang kurang elok berlaku..yang tu aku akan story dalam post akan datang...Tunggguuu!

Saturday, November 24, 2012

NEVER GIVE UP! =)

Huhu..dah bersawang blog ni..harini tiba2 rasa nak wat esei pulak setelah sekian lama menyepi dari dunia blogging neh..hehe..Entry kali ni just nak share sikit story pahit getir selama aku sambung belajar di peringkat Sarjana.
Sebelum tu, Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi..ketika aku menulis entri ni, aku dah berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Sains (Kejuruteraan Kimia) di istiadat Konvokesyen USM ke-46 pada 19 September 2012 aritu. Parent aku antara orang yang paling happy. Tiada yang lebih bahagia melainkan dapat wat parent bangga dengan pencapaian kita kan.. =)

(my tulang belakang!my parents)
 Namun, perjalanan untuk menggenggam segulung ijazah tu xsemudah yang disangka..banyak sangat dugaan dan cabaran yang terpaksa aku lalui..memang terlampau banyak..most of my friends tahu pasal ni..Paling kritikal, problem dengan financial, lab facilities and etc..InsyaAllah aku akan post entry sikit2 nanti..hehe..

Pada 1 Januari 2010, secara rasminya aku mendaftar sebagai student Master mod penyelidikan di bawah seliaan seorang Prof Madya yang memang santai dan sempoi. Tajuk research aku masa tu Municipal solid waste combustion in a fluidized bed combustor atau dalam bahasa simple nye.. bakar sampah..haha..kalau orang tanya apa projek aku wat, bakar sampah la jawapan aku..explain pun confirm xpaham nanti..haha..

Secara teknikalnya, aku habeskan 1 tahun lebih dengan literature reviews, waste characterization and other simple things..nak run main experiment still xboleh sebab rig under maintenance.. March 2011 baru aku betul2 start experiment..luckily experiment tu ambil masa 3 bulan saje..cepat la jugak kan..bila dah setel, masuk part mathematical modeling plak..it took a couple of months jugak la..
Akhir bulan December 2011 baru aku betul2 tumpu kat thesis writing..dalam masa 2 bulan aku dah siapkan complete draft and submit kat sv at the end of February 2012. Syukur la xbanyak yang perlu baiki. Dalam masa 2 minggu aku da hantar 2 draft thesis kat sv and dapat approval untuk submit final 10 copies untuk viva.

In the middle of March 2012, aku berjaya submit thesis untuk examination..Syukur Alhamdulillah..hanya tuhan yang tahu betapa happy nya aku dapat habiskan research yang mencabar mental dan fizikal tu..Sekarang masa untuk tunggu tarikh viva (ini yang paling cuak).
Almost 2 bulan lepas submit, aku dapat tau tarikh viva..(30 May 2012)..Cuak sangat2, combustion topic yang agak bahaya..risau kena hentam..adoi…xputus2 aku berdoa kat Allah mintak dipermudahkan segala urusan, sembahyang hajat pun xlupakan..mintak restu parent..mintak doa dari kawan2..Macam2 perasaan ada..risau, takut, excited, kecut perut tu x yah cakap la..haha..

On 30th May 2012 (the day of my viva)..slot viva aku dijadualkan pukul 9pagi..sebelum pukul 8 pagi lagi aku dah sampai skool..haha.. Ada 6 orang panel dalm bilik meeting masa tu termasuk supervisor aku sendiri..External examiner adalah Prof Nazri dr UTM (expert dlm gas turbine combustion), internal examiner pulak PM Dr Zailani (besfren sv aku)..chairman pulak PM Dr Sabar Derita (sangat baik dan lembut bahasa dia)..Puan Fatimah Banu (Pen. Pendaftar) ngn PM Dr Lee (wakil dekan)..

Allah maha adil..susah payah aku selama 2 tahun berakhir dengan mudah sekali..Syukur Alhamdulillah…Allah permudahkan segala urusan aku hari tu..viva aku sangat lancar…15 minit slide presentation rasa macam kejap je..lepas tu terus viva..Prof Nazri prefer QnA dlm bahasa melayu..sangat sporting!..Dr Z plak penah bagi hint sebelum ni..so aku dah prepare siap2..haha..sesi viva aku sangat pendek dengan minor thesis correction..sejam dh habis…(biasanya viva sejam setengah menjangkau 3 jam)..xpasal2 aku catat rekod viva research mode paling kejap kat skool aku..haha..Syukur sangat2…bak kata orang bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian..ada hikmah atas kesukaran yang aku hadapi selama 2 tahun tu..sape tau Allah permudahkan di hujung2 nanti..Allahuakbar..sujud syukur kepadaNya.

Correction thesis aku siapkan dalam masa seminggu lepas viva..bila dah submit hardbound cover thesis, baru lah aku betul2 rasa tenang..bahu pun rasa tersangat ringan...seminggu lepas viva, aku dapat offer pensyarah sambilan kt UiTM Pulau Pinang..Alhamdulillah…boleh jugak cari pengalaman kerja sementara tunggu konvo kan..hehe..

(hasilnya)
19 September 2012 (Konvokesyen)..Selamat sudah bergelar graduan Sarjana..Terima kasih Ya Allah, ibubapa ng kawan2.. =)

(Rakan2 seperjuangan)
Itu saja untuk kali ni..nanti aku akan post entri pasal dugaan2 yang pernah aku hadapi..Hopefully kisah aku ni dapat motivate others untuk tidak mudah mengalah..NEVER GIVE UP!

Peace..!