Tuesday, August 9, 2011

Gregory to Hijriah

Salam Ramadhan..
Sekadar berkongsi apa yang telah di Google pagi tadi..Pagi td tertengok status YM sorang kawan pasal tarikh lahir dia dalam bulan Islam..saja nak tahu tarikh lahir aku dalam bulan Islam..Bila tanya encik Google..terjumpa la mende ni..

Klik ni kalo nak check..hehe.. <<Kalendar Islam>>

Aku dilahirkan pada 1 Disember 1986, Isnin, 8.05 pagi (Kalendar Gregory)
28 Rabiulawal 1407, Isnin, 8.05 pagi (Kalendar Hijriah)

Sekarang kita tengok perwatakan ikut bulan Islam pulak..
(note:Jangan percaya 100% dengan prediction dibawah ni..Semua tentang kita telah tertulis oleh Alah s.w.t..sekadar bacaan xpe la..)

Muharam: Seseorang itu bersifat pendiam dan memiliki pemikiran yang sihat. Mungkin akan menjadi tidak sihat sekiranya dia tidak mendapat didikan yang sempurna. Walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi seorang yang cerdik kerana bakat fikiran yang pintar dan cerdas yang ada padanya. Di samping itu dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam keadaaan yang selamat.
Safar: Mempunyai tabiat yang buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. Ibu bapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu. Jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya perkara yang dilakukan itu akan mendatangkan hasil.
Rabiul Awal:Mempunyai perwatakan yang baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat yang besar, menjadi orang yang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang menyukainya. Walau bagaimanapun, sifat negatif yang ada pada dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.
Rabiul Akhir: Mempunyai perwatakan yang jahat dan hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya yang lemah, buruk nafsunya, mempunyai perwatakan yang kasar serta mudah ‘datang tangan’ (nak melempang orang ler tuhh). Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
Jamadil Awal: Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang boleh mendatangkan kegagalan juga.
Jamadil Akhir: Mempunyai watak yang berani, menghormati orang lain. Dia mempunyai pelbagai kebolehan dan kebijakan. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru, maka dia mudah mengakuinya. Tetapi, bila dia tahu yang dia benar, dia akan tetap mempertahankan pendiriannya dan tidak akan mengaku kalah. Semasa kecil, ibu bapanya perlu mendidiknya dengan baik agar sifat-sifanya yang baik itu terserlah. Jika betul didikannya, semasa dewasa nanti dia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
Rejab: Semasa kecilnya dia seorang yang degil dan nakal. Ibu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun, hidupnya selamat dan aman.
Syaaban: Mempunyai perwatakan yang baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Semasa dewasa, dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.
Ramadhan: Dia baik, pendiam dan suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman-teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan dirinya. Kehidupannya selalu selamat.
Syawal: Mempunyai perwatakan dan hati yang keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya. Oleh itu, ibu bapanya perlu mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya akan menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
Zulkaedah: Seorang yang pendiam. Mempunyai banyak perkara baik pada dirinya dan kadangkala berubah menjadi kurang baik. Dia seorang yang banyak berfikir. Disebabkan sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi, disebabkan banyak berfikir, kadang kala dia menjadi keliru. Dia seharunya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.
Zulhijjah: Jika dia jahat, dia akan menjadi terlalu jahat. Jika baik, akan menjadi terlalu baik. Dia sering mendapat padah hasil dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebalinya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruknya perbuatannya itu. Dia seringkali menyesal kerana kurang berhati-hati dan kurang pertimbangan.
p/s: Mungkin depa wat rumusan ni berdasarkan kajian terhadap certain2 people..erm..researchers (research n conclude..just like me)..Wallahu'alam..

Tuesday, August 2, 2011

Hukum 'kasi' Kucing

Salam..
Entry kali ni nak share sikit info pasal 'kasi/mengembiri/memandulkan binatang kesayangan'..
Kadang2, bila sebut je kasi, mesti akan ada yang cakap kita zalim, xberperikemanusiaan, tapi tahukah anda hukum kasi binatang kesayangan adalah HARUS..

Berikut adalah serba sedikit info yang dipetik dari web2..Sorry sebab aku xpandai karang..hehe..so collect2 info kt web je la untuk bagi sedikit penjelasan bagi yang kurang meyakini kesahihan perkara diatas..hehe..

"Jakim telah pun mengeluarkan satu ketetapan pada tahun 2002, yang menyebut :

Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah.

All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community.

After studying the messages of the aforementioned mazhab's and the medical viewpoint, JAKIM has decided that neutering of cats for reasons of 'maslahat' is acceptable. It is in agreement with 'qaedah' (way) Fiqhiyyah which states "To choose the lesser of two evils".""

Sumber: AlamKucing

Lagi tentang hukum dan alasan yang mengHARUSkan tindakan kasi/memandulkan ... Klik Sini

Banyak kebaikan kasi kucing jantan...depa xkencing merata, depa sihat walafiat, hubungan ngn kucing2 laen pun agak baek..depa xde la nak p mengorat kucing2 laen..maka xterjadi la anak2 kucing yang bakal bersepah2 di merata2 tempat..

Bayangkan, anak2 kucing yang terhasil tu dizalimi, dibunuh dan dibiarkan kelaparan dan menjadi kucing2 kurap..Nauzubillah... (teringat klip budak pompuan seksa anak kucing sampai mati kat tv3 baru2 ni)..Walaupun kat dunia dia kena denda RM400 je, kat akhirat nanti dijanjikan balasan setimpal..beringatlah sebelum menzalimi kucing dan makhluk Allah yang laen..

WOkey...itu saja kot..yang penting, niat mesti lah betul ok..

Sekian untuk kali ni

Wassalam..

Monday, August 1, 2011

Welcoming new kitties!

[ni la Mama Sally..hehe]

Alex, Cream ngan Tina dah dapat adik2 baru!

Semalam, 31 July 2011..Mama Sally selamat melahirkan 4 ekoq kucing yang teramat la comel..(setelah 3 tahun x pregnant)

xtau la sape bapak dia..tapi yang pasti, anak2 baru tu pun jenis bulu lebat macam Alex ngn Cream!
Kawaii!

So skunk ni dah bertambah jadi 8 ekoq la kucing kat umah aku (masalah besar gak ni)..nak kena ajar dari kecik bukan senang gak tu..

Since ramai sangat duk mintak kucing2 aku, so mayB kucing2 baru ni bakal diberi kepada jiran2 la..tapi tunggu bila depa dah besar pandai survive, baru la bole nak bagi orang pun..(itupun kalo kami sanggup bagi..mane la tau, lame2 jaga..makin sayang la)..
Buat masa ni, tengok dari jauh je la..haha...

[Mama Sally 2 days ago]

Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.. =)


Sedar tak sedar, setahun dah pun berlalu..
Alhamdulillah..Ramadhan kembali lagi..InsyaAllah..Esok umat islam akan menjalani ibadah puasa selama sebulan..Mudah-mudahan diberi kekuatan dalam menjalani rukun islam ke-3 kali ni..

OK la..xde story nk taip..

Jangan lupa niat puasa okeh..hehe

Lafaz Niat Ringkas

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz Niat Lengkap

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Lafaz Niat Untuk Sebulan

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Selamat menyambut Ramadhan!

Friday, July 29, 2011

Perjalanan pulang yang menguji kesabaran

Alhamdulillah..selamat sampai umah sudaa..

Tapi disebalik tu nak story ckit perjalanan yang kurang enak dengan bas sebuah syarikat yang selalu aku naek neh..

Trip dari Penang ke Kota Bharu tak banyak..Transnasional, Shamisha ngan Mutiara je..bas yang aku naek neh slalu je problem..bukan setakat sekali..banyak kali da (tapi still naek gak)..

1)Bas lambat sampai..spatutnye kol 9.30pg, datang kol 10lebey
2)Bas selalu rosak (padahal baru tuka bas baru je)
3)Driver sesuka hati depa ja berenti mane2..kdg2 lame plak tu..

paling latest lak..semalam bas yang aku naek tu tuka laluan laen la pulak..masuk Sg. Petani ikut jalan lama..lambat lorr sampai kat Grik (tempat rehat/makan)..biasa sampai kol 1130am..semalam sampai 1230pm..pulak tu..stay sana punya la lama..dah kul 2pm xgerak2 lagi..dah la panas dalam bas (ekon rosak)..rupa2 nya depa tunggu bas lagi satu (bas yang rosak)..Haishh...cakap la kt penumpang awal2..xdak la kami duk tanye2 awat la xgerak lagi bas ni..

Selama 6 tahun duk naek bas kompeni ni..ade je problem dia..macam da serik da..pasni tukaq kompeni laen la pulak..(nak drive malas..hahaha)

Pastu, driver cakap kalau sape2 nak cepat, ley tukaq bas lagi satu..apelagi..aku punggah beg blah p bas lagi satu (bas kompeni same)..rasa lega la ckit..kalo tunggu konpem lambat sampai KB nnt..

kul 6pm baru sampai KB (biase plg lambat pun kol 5pm)..sian bapak aku duk tunggu2..masuk je KB, jem teruk la pulak..adoi..stuck dlm trafiik mmg annoying..kepala dah pening2 da..seb baek tak muntah..haha..

Dah sampai KB, terus ajak bapak aku pegi Yati Ayam Percik..yezza! ..tapau nasik kerabu ayam percik..perghh..besh!..



The end..hehe

Wednesday, July 27, 2011

JJCM - Char Kuey Teow Parit Buntaq

Assalamualaikum..

Petang semalam tetiba ngidam nak makan char kuey teow (CKT)..apelagi..start enjin kerete pecut menuju ke menara jam pekan lama Parit Buntar..

Ekceli kat sini ada 2 port kalo nak makan char kuey tiow..Along Char Kuey Teow ngan Omaq Char Kuey Teow..Masa zaman2 undergrad dulu, kami suka p Along CKT belakang Petronas sebab sedap wif lots of udang!tapi sekarang tapak niaga dorang dah ade construction (macam nak wat Masjid je), so dorang dah pindah tempat laen..lupe plak nama tempat tu..

Semalam around 7pm, sampai lah kami kat Omaq CKT (5 minit je pun dri hostel by car)..Aku order Char Kuey Tiow Special ngn Teh Ais

(Char kuey teow special..yummy!)

Tadaaa!..nampak cam sedap kan? (memang sedap pun)..Udang fresh gak..4 ekoq (awal2 dulu 6 ekor..bese la..zaman berubah..bilangan udang pun berubah la gak)..kuah dia memang sedap!

Total Cost : Char Kuey Teow Special :RM3.50 + Teh Ais : RM0.70 = RM4.20

Misi makan CKT sukses!

Daa~


Saturday, July 23, 2011

JJCM - Misi mencari Nasi Goreng Ketam

Assalamualaikum..
Dah bersawang rupanya blog neh..Alhamdulillah, setelah sekian lama duk jaga makan, telan Gaviscon dan makan makanan berkhasiat, gastrik aku dah hilang dah..Syukur la..dah nak puasa dah ni pun..hehe

Untuk entry kali nie, nak share sikit pasal jalan2 cari makan Khamis lepas..(bila perut dah kembali menjalankan tugas, boleh la melantak macam dolu2..)..hehe

Ada sorang member tetiba suggest nak makan mee ketam nih..(dalam kepala duk ingat Warung Pak Su kat Juru)..

Tanya2 En. Google, sekali tutup pulak hari Khamis..(kempunan siri 1)..nasib baik la kat Juru ada 3 kedai mee ketam (Restoran Nelayan, Warung Pak Su, Warung Jamu Selera)..dekat2 pulak tu..so kami pun decide nak g Restoran Nelayan..

Petang lepas habis lab, bertolak lah kami ke destinasi yang ingin di tuju berbekalkan map dalam otak yang berusia 4 tahun lamanya..nasib baik la tak sesat..haha..

Alangkah malangnya nasib kami apabila Restoran Nelayan pun tutup hari tu (kempunan siri 2)..haish...(En. Google cakap tutup hari Selasa)..

Last resort, singgah kat Warung Jamu Selera je la..nasib baik la bukak..dah sampai tu, order la Nasi Goreng Ketam ngan teh ais..

Sign board dpan warung..so kampung (teringat kampung halaman terchenta plak

Sebelum ni dah penah try mee ketam Warung Paksu..bila dah rasa masakan ketam kat warung ni..hurmm..not bad..sedap gak..nasi goreng dia plain je..ketam tu yang spesel..hehe..kuah dia xde la pedas sangat (nampak merah2 mcm super duper pedas je)..ade sekor setengah ketam dalam tu..ketam kecik ckit..kecik2 pun sume betina kot (sebab byk je teloq)..berbaloi la ngan harga die RM6 sepinggan..so far puas hati la..

Try ler..siyes sedap! murah lak tu

Nak try, follow map nih okeh
So..total cost untuk misi carik ketam ni..hurmm..Minyak=RM10, Tol=RM2.80x2 (dari Nibong Tebal ke Juru), Makan=RM7..TOTAL=RM22.60..hehe..dalam range berbaloi lagik tu..

Misi makan ketam berjaya!
Nextime nak try makan ketam kulit lembut kat Kuala Gula la pulak..dgr cite mcm besh je..

TaTa!