So sekarang, tunggu offer letter PhD baru boleh apply MyPhD tu...proposal ada sikit lagi nak touch up..harap2 sempat la dapat offer bulan February nanti..New journey begins!..
.::LiFe Is So CoOL::.
Wednesday, November 28, 2012
Problems solved!
So sekarang, tunggu offer letter PhD baru boleh apply MyPhD tu...proposal ada sikit lagi nak touch up..harap2 sempat la dapat offer bulan February nanti..New journey begins!..
Monday, November 26, 2012
Demi Segulung Ijazah - Part 2
Sunday, November 25, 2012
Demi Segulung Ijazah - Part 1
(fixed bed combustor) |
Saturday, November 24, 2012
NEVER GIVE UP! =)
(my tulang belakang!my parents) |
(hasilnya) |
(Rakan2 seperjuangan) |
Thursday, August 18, 2011
Hantu Puding - Siri 1
Bahan-Bahan
8 keping Roti Gardenia (ikut suke ekceli..lagi byk, lgi tebal puding tu)
2 biji telur
3 sudu besar mentega
1/2 tin susu ideal (dalam 200mL)
3 sudu besar gula
sedikit esen vanila
kismis
Cara2
1)Bakar roti dalam toaster.Then carik2kan masukkan dalam loyang
(Sebelum tu, sapu sikit mentega kat loyang tu, takut melekat plak puding tu nanti)
2)Cairkan mentega dan masukkan ke dalam loyang yang ade roti tu td
3)Sementara tu, pukul telur, gula, susu cair dan esen vanila sampai sebati.
4)Masukkan adunan tadi ke dalam loyang n tunggu roti tu kembang dalm 5-10 minit
(bley la masukkan kismis sekali)
5)Then bakar dalam oven 180 C selama 25-30 min..
Siap!..hehe
Wednesday, August 10, 2011
Gambaran Hari Kiamat..meh baca meh..
*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.
Gambaran Hari Kiamat
...
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Tuesday, August 9, 2011
Gregory to Hijriah
Sekadar berkongsi apa yang telah di Google pagi tadi..Pagi td tertengok status YM sorang kawan pasal tarikh lahir dia dalam bulan Islam..saja nak tahu tarikh lahir aku dalam bulan Islam..Bila tanya encik Google..terjumpa la mende ni..
Klik ni kalo nak check..hehe.. <<Kalendar Islam>>
Aku dilahirkan pada 1 Disember 1986, Isnin, 8.05 pagi (Kalendar Gregory)
28 Rabiulawal 1407, Isnin, 8.05 pagi (Kalendar Hijriah)
Sekarang kita tengok perwatakan ikut bulan Islam pulak..
(note:Jangan percaya 100% dengan prediction dibawah ni..Semua tentang kita telah tertulis oleh Alah s.w.t..sekadar bacaan xpe la..)
Muharam: Seseorang itu bersifat pendiam dan memiliki pemikiran yang sihat. Mungkin akan menjadi tidak sihat sekiranya dia tidak mendapat didikan yang sempurna. Walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi seorang yang cerdik kerana bakat fikiran yang pintar dan cerdas yang ada padanya. Di samping itu dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam keadaaan yang selamat.
Safar: Mempunyai tabiat yang buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. Ibu bapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu. Jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya perkara yang dilakukan itu akan mendatangkan hasil.
Rabiul Awal:Mempunyai perwatakan yang baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat yang besar, menjadi orang yang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang menyukainya. Walau bagaimanapun, sifat negatif yang ada pada dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.
Rabiul Akhir: Mempunyai perwatakan yang jahat dan hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya yang lemah, buruk nafsunya, mempunyai perwatakan yang kasar serta mudah ‘datang tangan’ (nak melempang orang ler tuhh). Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
Jamadil Awal: Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang boleh mendatangkan kegagalan juga.
Jamadil Akhir: Mempunyai watak yang berani, menghormati orang lain. Dia mempunyai pelbagai kebolehan dan kebijakan. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru, maka dia mudah mengakuinya. Tetapi, bila dia tahu yang dia benar, dia akan tetap mempertahankan pendiriannya dan tidak akan mengaku kalah. Semasa kecil, ibu bapanya perlu mendidiknya dengan baik agar sifat-sifanya yang baik itu terserlah. Jika betul didikannya, semasa dewasa nanti dia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
Rejab: Semasa kecilnya dia seorang yang degil dan nakal. Ibu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun, hidupnya selamat dan aman.
Syaaban: Mempunyai perwatakan yang baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Semasa dewasa, dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.
Ramadhan: Dia baik, pendiam dan suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman-teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan dirinya. Kehidupannya selalu selamat.
Syawal: Mempunyai perwatakan dan hati yang keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya. Oleh itu, ibu bapanya perlu mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya akan menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
Zulkaedah: Seorang yang pendiam. Mempunyai banyak perkara baik pada dirinya dan kadangkala berubah menjadi kurang baik. Dia seorang yang banyak berfikir. Disebabkan sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi, disebabkan banyak berfikir, kadang kala dia menjadi keliru. Dia seharunya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.
Zulhijjah: Jika dia jahat, dia akan menjadi terlalu jahat. Jika baik, akan menjadi terlalu baik. Dia sering mendapat padah hasil dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebalinya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruknya perbuatannya itu. Dia seringkali menyesal kerana kurang berhati-hati dan kurang pertimbangan.
p/s: Mungkin depa wat rumusan ni berdasarkan kajian terhadap certain2 people..erm..researchers (research n conclude..just like me)..Wallahu'alam..